770-an SM

 Milenium:    Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1  
 Abad:   Abad ke-9 SM • Abad ke-8 SM • Abad ke-7 SM
 Dekad    800-an SM • 790-an SM • 780-an SM • 770-an SM  
760-an SM • 750-an SM • 740-an SM  

Dekad 770-an SM merupakan tahun-tahun dari 779 SM hingga 770 SM.



Peristiwa dan arah aliran

  • 778 SM - Agamestor, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 17 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Aeschylus.
  • 776 SM - Sukan Olimpik pertama yang dicatat. Sejarah Sukan ini dipercayai bermula sejak abad ke-13 SM lagi, tetapi tidak terdapat sebarang rekod tertulis yang lebih awal yang masih wujud.
  • 774 SM - Keakhiran pemerintahan Raja Pygmalion dari Tyre.
  • 773 SM - Kematian Shoshenq III, raja Mesir.
  • 773 SM - Ashur-Dan III mewarisi abangnya, Shalmaneser IV, sebagai raja Assyria.
  • 771 SM - Keakhiran Dinasti Zhou Barat di China apabila puak-puak gasar "barat" menjarah ibu kota Hao. Raja Zhou You Wang dibunuh. Putera Mahkota Ji Yijiu melarikan diri dan kemudian memerintah atas nama Zhou Ping Wang.
  • 770 SM - Permulaan Dinasti Zhou Timur di China apabila Zhou Ping Wang menjadi raja Zhou yang pertama untuk memerintah dari ibu kota baru di Chengzhou (Luoyang kini).