Riyadh (bahasa Arab: الرياضar-Riyāḍ) merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar di Kerajaan Arab Saudi. Riyadh mempunyai jumlah penduduk seramai 4,260,000, iaitu 20% daripada populasi seluruh Arab Saudi.[1]
Sejarah
Petempatan di kawasan Riyadh telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam. Pada 1744, gerakan Wahabi yang dipimpin oleh Muhammad ibn Saud telah mengasaskan Negeri Saudi Pertama (Daulah Saudiyah Al-Oula). Riyadh menjadi ibu kota kerajaan baru ini pada 1818.
Pada 1902, Abdul Aziz Al-Saud telah merampas kota ini daripada Bani Al-Rasyid. Baginda kemudian menubuhkan Kerajaan Arab Saudi moden dengan Riyadh sebagai ibu negara.
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur. 2 Juga dikenali sebagai Republik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialah Sri Jayawardenapura-Kotte. 4 Rasmi. 5 Pentadbiran. 6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan. 7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem. 8 Merupakan wilayah pentadbiran khas China tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri. ₴ Negara trans-benua. ₦ Juga dikenali sebagai Timur Tengah. ¥ Juga dikenali sebagai negara Caucasus,. ₠ Keseluruhan di Asia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah.₮ Keseluruhan di Melanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.