Stadium Sultan Muhammad IV

Stadium Sultan Muhammed IV
Sultan Mohammed IV Stadium[1]

Nama penuhStadium Sultan Muhammed Keempat
LokasiKota Bharu, Kelantan, Malaysia
KoordinatKoordinat: 6°07′26″N 102°14′37″E / 6.123839°N 102.24356°E / 6.123839; 102.24356
Dibina1967
Dibuka1967
Diubahsuai2011[2]
PengendaliPerbadanan Stadium Kelantan
PermukaanPadang rumput
Papan mataPapan markah elektronik
Kapasiti30,000 orang
Dimensi padang119 × 100 meter
Penyewa
Persatuan Bola Sepak Kelantan

Stadium Sultan Muhammed IV, (Tulisan Jawi: ستاديوم سلطان محمد كأمڤت), Stadium Sultan Muhammad Keempat, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan sebuah stadium rasmi yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung jumlah bilangan penonton sehingga seramai 30,000 orang. Stadium ini terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.


Sejarah

Stadium Sultan Muhammed IV mula dibina pada tahun 1965 dengan tujuan menyediakan suatu medan yang khusus untuk menjalankan aktiviti sukan peringkat negeri Kelantan, terutamanya sebagai padang bola sepak negeri. Stadium ini telah dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan pejabat kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kontinjen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Pada masa itu, stadium ini merupakan stadium yang paling besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan muatan tempat duduk seramai 30,000 orang dan padang bolanya memenuhi piawaian keluasan padang yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.

Pada tahun 1967, stadium ini telah siap dibina sepenuhnya, dan perlawanan ulangan di antara pasukan Melayu Kelantan menentang pasukan Melayu Terengganu dalam kejohanan Piala Emas Sultan-Sultan 1967 merupakan perlawanan bola sepak pertama diadakan di stadium ini[3].


Fasiliti

Selain berfungsi sebagai kawasan kemudahan permainan bola sepak, kompleks stadium ini juga menyediakan gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk disewakan seperti gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam. Stadium ini juga menyediakan kemudahan tempat riadah seperti tapak permainan kasut roda dan kemudahan tempat ibadah seperti surau.

Stadium Sultan Muhammed Ke-IV pada awal penubuhannya diuruskan oleh Persatuan Stadium Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan dan dianggotai oleh seramai 30 orang ahli yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan serta wakil persatuan sukan.

Stadium Sultan Muhammed Ke-IV merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan bola sepak Kelantan FA, setiap kali perlawanan yang dianjurkan itu melibatkan pasukan Kelantan bersaing dengan lawannya di stadium keramat ini, stadium ini sentiasa dipenuhi oleh penyokong fanatik Kelantan FA. Oleh itu Stadium ini telah digelar sebagai Stadium Pahlawan Merah oleh sebilangan penyokong fanatik Kelantan FA.

Papan Markah Elektronik

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini telah digunakan julung kalinya semasa perlawanan antarabangsa peringkat suku akhir Piala AFC antara Kelantan FA menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu ialah sumbangan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri yang selaras dengan janji Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini ialah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malahan papan ini dipercayai adalah lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[4]


Rekod perlawanan antarabangsa

2011

Malaysia Bendera Malaysia v  Myanmar
18 Jun 2011 Persahabatan Malaysia Bendera Malaysia 2 – 0  Myanmar Kota Bharu, Kelantan
Amirul Goal 28'
Baddrol Goal 54'
Laporan

2012

Kelantan Malaysia v Indonesia Arema
4 April 2012 Piala AFC Kelantan Malaysia 3 – 0 Indonesia Arema Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Ghaddar Goal 22'47'89' Laporan Kehadiran: 9,245
Pengadil: Kim Sang-Woo Korea Selatan
Kelantan Malaysia v Myanmar Ayeyawady United
8 Mei 2012 Piala AFC Kelantan Malaysia 1 – 0 Myanmar Ayeyawady United Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Nwoha Goal 47' Laporan Kehadiran: 7,372
Pengadil: Tayeb Shamsuzzaman Bangladesh
Kelantan Malaysia v Malaysia Terengganu
23 Mei 2012 Piala AFC Kelantan Malaysia 3 – 2 Malaysia Terengganu Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Nor Farhan Goal 4'17'
Fahmi Goal 45+2'
Laporan Faruqi Goal 56'
Doe Goal 85' (pen.)
Kehadiran: 18,652
Pengadil: Yousef Al-Marzouq Kuwait
Kelantan Malaysia v Iraq Arbil
25 September 2012 Piala AFC Kelantan Malaysia 1 – 1 Iraq Arbil Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Ghaddar Goal 90+2' (pen.) Laporan Sula Goal 37' Kehadiran: 5,024
Pengadil: Choi Myung-Yong Korea Selatan

2013

Kelantan Malaysia v Maldives Maziya
6 Mac 2013 Piala AFC Kelantan Malaysia 1 – 1 Maldives Maziya Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Badhri Goal 77' Laporan Adhuham Goal 62' Kehadiran: 12,000
Pengadil: Yu Ming-hsun Taipei Cina
Kelantan Malaysia v Vietnam SHB Đà Nẵng
2 April 2013 Piala AFC Kelantan Malaysia 5 – 0 Vietnam SHB Đà Nẵng Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Nwakaeme Goal 4'
Indra Putra Goal 7'
Faiz Goal 23'
Petratos Goal 59'
Badhri Goal 85'
Laporan Kehadiran: 10,000
Pengadil: Jumpei Iida Jepun
Kelantan Malaysia v Myanmar Ayeyawady United
30 April 2013 Piala AFC Kelantan Malaysia 3 – 1 Myanmar Ayeyawady United Kota Bharu, Kelantan
20:00 (UTC+8) Petratos Goal 42'
Shahrul Goal 70'
Badhri Goal 83'
Laporan Nay Lin Tun Goal 80' Kehadiran: 14,200
Pengadil: Chris Beath Australia
Kelantan Malaysia v Hong Kong Kitchee
14 Mei 2013 Piala AFC Kelantan Malaysia 0 – 2 Hong Kong Kitchee Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Laporan Kcira Goal 15' (g.s.)
Jordi Goal 45+1'
Kehadiran: 15,000
Pengadil: Lee Min-Hu Korea Selatan

2014

Kelantan Malaysia v Hong Kong South China
12 Mac 2014 Piala AFC Kelantan Malaysia 2 – 0 Hong Kong South China Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Zaharulnizam Goal 72'
Ghaddar Goal 84'
Laporan Kehadiran: 4,564
Pengadil: Dmitriy Mashentsev Kyrgyzstan
Kelantan Malaysia v Vietnam Vissai Ninh Bình
18 Mac 2014 Piala AFC Kelantan Malaysia 2 – 3 Vietnam Vissai Ninh Bình Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Nazri Goal 37'
Khairul Izuan Goal 45+2'
Laporan Bryan Goal 24'
Tambwe Goal 50'
Voinea Goal 62'
Kehadiran: 1,500
Pengadil: Tayeb Shamsuzzaman Bangladesh
Kelantan Malaysia v Vietnam Vissai Ninh Bình
8 April 2014 Piala AFC Kelantan Malaysia 2 – 3 Vietnam Vissai Ninh Bình Kota Bharu, Kelantan
20:45 (UTC+8) Khairul Izuan Goal 50'
Zaharulnizam Goal 55'
Laporan César Goal 25'
Emerson Goal 64'
Kyaw Ko Ko Goal 80'
Kehadiran: 1,505
Pengadil: Yu Ming-hsun Taipei Cina


Rujukan

  1. ^ KAFA mula resah.
  2. ^ Stadium The Red Warriors dibaiki, Kosmo! Online, 16 Jan 2011
  3. ^ "Stadium Sultan Mohamad di-buka". Berita Harian. 15 April 1967. m/s. 6. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  4. ^ Papan markah elektronik baru Diarkibkan 2013-12-16 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, 24 Sept 2012